SEGERA: Verifikasi Data Murid Prasekolah dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) / EMIS
Posted by: miordarulikram
in MAKLUMAN UNIT
on 20 13, 2011
Salam 1 Malaysia....
Minta kerjasama dari semua Guru Besar Sekolah Rendah Daerah manjung(Sekolah yang mempunyai kelas Prasekolah)
Sukacita perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa terdapat enrolmen murid dan bilangan kelas pra sekolah yang tidak dikemaskini seperti terdapat di dalam Sistem Maklumat PrasSekolah Kebangsaan(SMPK).
3. Mohon pihak tuan supaya data prasekolah dapat dikemaskini dengan segera supaya data prasekolah di dalam SMPK adalah sama dengan data prasekolah seperti terdapat di dalam Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS Online).
4. Sila tuan arahkan Guru Prasekolah (yang bertanggungjawab dengan SMPK) dan Guru Data sekolah tuan agar bekerjasama memastikan kedudukan data prasekolah yang terdapat di kedua-dua sistem tersebut (SMPK dan EMIS Online) adalah sama tepat dan terkini.
5. Mohon segala usaha pihak tuan agar verifikasi dapat disempurnakan untuk tujuan semakan semua pihak terutama JPN Perak dan KPM pada atau sebelum 12.00 tengah hari (Jumaat 22 Julai 2011).
6. Segala pertanyaan berhubung dengan perkara di atas, sila hubungi En. Zainor Amri bin Zulkifli, Unit KK dan Prasekolah (05-5015294 / 012-4545866) atau Tn. Hj. Hamdan bin Abu Bakar – Unit Pengurusan Maklumat (05-5015198 / 019-5535153).
Perhatian dan kerjasama pihak tuan diucapkan terima kasih.































