Text Size

KUTIPAN DATA SISTEM MAKLUMAT MURID (SMM) YANG BERAKHIR PADA 30 JUN 2011

MAKLUMAN - MAKLUMAN UNIT

Dimaklumkan bahawa Sistem Maklumat Murid (SMM) menjadi rujukan utama semua urusan berkaitan murid oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi-agensi luar. Pihak sekolah perlu memasukkan maklumat yang kemaskini supaya murid-murid ini tidak tercicir daripada menerima bantuan dan sebagainya. Masalah yang dikenal pasti oleh pihak Jabatan dan Kementerian adalah seperti berikut:

     1.   Data tidak dihanar mengikut tarikh yang ditetapkan oleh JPN/PPD

           (SMM dihantar 2 kali setahun iaitu sebelum 15 Februari dan sebelum 15 Julai)

     2.   Data yang tidak kemaskini (data lama)

     3.   Maklumat tidak lengkap (Contoh: Pendapatan ibubapa RM 0.00, alamat rumah dsb)

     4.   Nombor Kad Pengenalan yang direka-reka sahaja.

     5.   Tidak mematuhi arahan dalam sistem yang telah ditetapkan

     6.   Tiada pengawasan dari segi kesahan maklumat oleh pentadbir sekolah

Merujuk kepada surat siaran Jabatan (J.Pel.Pk.(HEM) 5128/10/9(15) bth 7 Jun 2011 pihak sekolah dikehendaki menghantar data SMM yang berakhir pada 30 Jun 2011 ke PPD (u.p: Penyelia Kanan Hal Ehwal Murid) pada atau sebelum 15 Julai 2011. Penghantaran hendaklah dibuat dalam bentuk disket sahaja.

                   

Log Masuk

toolbar powered by www.mit3xxx.de