MAKLUMAN - MAKLUMAN UNIT
PESTA LAUT PANGKOR LUMUT 2013
Kerajaan Negeri Perak melalui Perak Tourism Sdn. Bhd. dan Majlis Perbandaran Manjung akan menganjurkan Pesta Laut Pangkor Lumut 2013 daripada 28 Februari hingga 3 Mac 2013.
Program ini diadakan bagi mempromosikan negeri Perak khususnya daerah Manjung sebagai lokasi pelancongan menarik, meningkatkan kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara ke daerah Manjung, sebagai salah satu cara mempromosi produk-produk pelancongan di daerah Manjung serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi penduduk setempat.
Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tempoh berlangsungnya program ini seperti gerai pameran dan jualan, menaiki Kapal Layar Cruise, Persembahan Seni Ukiran Ais, Pertandingan Sukan Pantai, Pertandingan Sukan Rakyat, Pertandingan Perahu Layar, Lumba Perahu dan Kayak, Pertandingan Karaoke ‘Tourism Idol’ dan persembahan artis.
Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput untuk menyertai acara-acara yang diadakan. Perjalanan acara sempena program ini dan talian untuk dihubungi adalah seperti berikut : KLIK SINI

| < Sblm | Seterusnya > |
|---|




















