MAKLUMAN - MAKLUMAN UNIT
|
|||
![]() |
Semua Pegawai Pelajaran Daerah, Semua Guru Besar Sekolah Rendah, Negeri Perak. YBhg. Dato' Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan,
KAJIAN PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DALAM TALIAN
2. Merujuk kepada surat siaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KP(BPK)600-5/2(73) bertarikh 20 November 2012), Bahagian Pembangunan Kurikulum (BBK) sedang menjalankan Kajian Pelaksanaan KSSR di sekolah rendah di seluruh negara. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan KSSR dari segi pemahaman pentadbir dan guru serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. 3. Kajian dalam talian ini melibatkan instrumen soal selidik untuk dijawab oleh pentadbir dan semua guru yang mengajar semua mata pelajaran KSSR Tahun 1 dan 2 di setiap sekolah rendah seluruh negara. Terdapat 2 borang soal selidik yang berasingan untuk pentadbir dan guru. * Borang soal selidik untuk pentadbir boleh diakses melalui: http://www.moe.gov.my/bpk/kajian/kssr-pentadbir * Borang soal selidik untuk guru boleh diakses melalui: http://www.moe.gov.my/bpk/kajian/kssr-guru 4. Tarikh akhir untuk menjawab soal selidik ini adalah pada 30 Januari 2013
Sekian, dimaklumkan. Terima kasih. b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Perak |
||
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|





















